Tuesday 31 July 2012

FAKTOR PENURUNAN KES KELAKUAN DAN TATATERTIB

Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Analisis kepada rekod mendapati antara faktor utama yang menyumbang kepada aliran penurunan adalah:



  1. Program latihan dan taklimat 
  • Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib.

     2. Perkhidmatan kaunseling 

  • Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai.
  • Sehingga tarikh semasa terdapat lebih kurang seramai 6,000 kaunselor/pegawai yang dilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling. Daripada jumlah tersebut, 95 adalah Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan.
     3. Penguatkuasaan peraturan tatakelakuan
  • Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.
  • Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa; beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan diambil.
  • Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat berkala dengan Ketua-Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...