Saturday, 4 August 2012

SELAMAT DATANG


Assalamualaikum waramatullahi wabarokatuh. 
Kami mulakan 'Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang'. 
Buat semua pengunjung blog, selamat datang kami ucapkan. 
Blog ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus EDU 3109 iaitu Guru dan Cabaran Semasa. 
Semoga perkongsian ini akan beroleh manfaat buat kita semua. 
Sebarang komen, cadangan dan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan. 
Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada semua yang banyak membantu dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini. 
 Selamat melayari blog ini. 
~anashahida~


“Hak GURU lebih agung daripada hak ibubapa, sebab orang tua (ibubapa) penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara GURU penyebab hidup yang KEKAL. Kalaulah tidak ada GURU, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua (ibubapa) akan celaka selamanya.” 
~KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI~

Tuesday, 31 July 2012

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 193 (PINDAAN 2002)






TUJUAN PELAKSANAAN PERATURAN

  • Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) digubal bertujuan sebagai alat kawalan untuk mewujudkan pentadbiran yang berkesan dan boleh dipercayai. 
  • Ianya juga bertujuan untuk mencapai matlamat seperti berikut :



FAKTOR PENURUNAN KES KELAKUAN DAN TATATERTIB

Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Analisis kepada rekod mendapati antara faktor utama yang menyumbang kepada aliran penurunan adalah:



  1. Program latihan dan taklimat 
  • Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib.

     2. Perkhidmatan kaunseling 

  • Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai.
  • Sehingga tarikh semasa terdapat lebih kurang seramai 6,000 kaunselor/pegawai yang dilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling. Daripada jumlah tersebut, 95 adalah Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan.
     3. Penguatkuasaan peraturan tatakelakuan
  • Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.
  • Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa; beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan diambil.
  • Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat berkala dengan Ketua-Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.  

PERATURAN LARANGAN PEGAWAI AWAM

Berikut merupakan Peraturan Larangan Pegawai Awam yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) :



                                   

PERATURAN LARANGAN MUTLAK

Berikut merupakan Peraturan Larangan Mutlak yang terdapat dalam Peraaturan-peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) :






Monday, 30 July 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...